Tuesday, June 25, 2013

Muzium Padi, Gunong Keriang, Kedah

Muzium Padi terletak di pinggiran Gunong Keriang iaitu kira-kira 9km dari Bandaraya Alor Setar. Bahan-bahan pamiran berkaitan dengan industri tanaman padi dan beras. Ditingkat 3 terdapat pelantar tinjau seolah-olah pemandangan dari puncak Gunong Keriang yang dikelilingi oleh kawasan perkampungan dan sawah padi. Lukisan mural di sekeliling pelantar tinjau seakan-akan hidup menggambarkan aktiviti pertanian tanaman padi dan aktiviti penduduk kampong. Pelantar tinjau berputar 360° secara perlahan. Pelawat hanya perlu duduk di kerusi yang disediakan sambil menikmati keindahan panorama yang di sediakan.

No comments:

Post a Comment