sudah menjadi lumrah kehidupan didunia, cabaran dan dugaan ... mendewasakan usia, rintangan dilalui, tambah pengalaman diri, sudah sunnah ketetapan illahi.......
Tuesday, June 25, 2013
Muzium Padi, Gunong Keriang, Kedah
Muzium Padi terletak di pinggiran Gunong Keriang iaitu kira-kira 9km dari Bandaraya Alor Setar.
Bahan-bahan pamiran berkaitan dengan industri tanaman padi dan beras. Ditingkat 3 terdapat pelantar tinjau seolah-olah pemandangan dari puncak Gunong Keriang yang dikelilingi oleh kawasan perkampungan dan sawah padi.
Lukisan mural di sekeliling pelantar tinjau seakan-akan hidup menggambarkan aktiviti pertanian tanaman padi dan aktiviti penduduk kampong.
Pelantar tinjau berputar 360° secara perlahan. Pelawat hanya perlu duduk di kerusi yang disediakan sambil menikmati keindahan panorama yang di sediakan.
Wednesday, June 19, 2013
Bangunan Menara Felda 50 Tingkat
Pada 18hb. Jun, 2013, dilantik menjadi panel penemuduga bagi pemilihan jawatan kerani olih FGV bertempat di aras 42 Menara Felda yang terletak di kawasan strategik segi tiga emas (golden triangle) berhampiran bangunan KLCC.
Bangunan telah siap tetapi masih dalam proses ubah suai untuk dijadikan sebagai Ibu Pejabat pentadbiran Felda.
Hanya aras 42 - 43 sahaja berpenghuni dijadikan pejabat unit sumber manusia FGV.
Berkesempatan meninjau ke aras 47 - 48 dan merakam pemandangan sekitar bangunan berkenaan.
Saturday, June 15, 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)