Pada 29.10.2009 lalu ada tugasan kerja luar kat Chalok Barat, Setiu. Sempena musim cuti akhir tahun persekolahan, bawa isteri dan anak-anak bersama-sama untuk makan angin kat K. Terengganu. Aiman pula datang `angin' malas nak berjalan ...... lalu tukar bawa anak saudara sebagai ganti. Menginap di Felda Residence Hotel, Kuala Terengganu.
Biasa la kerja aku, awal pagi lagi dah keluar ke kilang dan menjelang malam baru balik semula ke hotel. Pesan kat orang rumah, kalau nak bersiar-siar kat K. Terengganu, kena pergi sendiri dan jangan tunggu aku . Kerja didahulukan, keluarga diutamakan. Macam slogan 1 Malaysia pulak.
Malang sekali..... Hujan lebat turun tanpa henti sepanjang 4 hari berada di K. Terengganu. Orang rumah dan anak-anak terpaksalah lepak saja kat bilik hotel, nak bersiar-siar pun tak selesa sebab hujan terlalu lebat.
Perjalanan dari K. Terengganu ke Chalok Barat terpaksa melalui kawasan yang digenangi air di kiri dan kanan jalan. Tunggu masa nak melimpah ke jalan raya. Sewaktu dalam perjalanan pulang dari kilang ke hotel pada hari terakhir 02.12.2009, terpaksa redah banjir kat Lingai. Jam 0200 petang iaitu selepas makan tengahari dan ketika hendak bertolak balik ke Bentong, baru hujan reda. Kebetulan pada hari ini, upacara perasmian Monsoon Cup 2009 sedang berlangsung di Pulau Duyong. Singgah sebentar kat sana, bawa keluarga saksikan upacara perasmian berkenaan dan pusingan awal pertandingan kapal layar.
Setelah luang masa hampir 2 jam di Pulau Duyong, bersiap-siap untuk pulang. Baru nak masuk ke kereta, hujan turun semula dengan lebatnya. Di laluan tasik berhampiran JPJ Bukit Besi, sekali lagi terpaksa redah banjir setinggi 1 kaki. Nasib baik boleh lepas..... kalau tak terpaksa bermalam lagi kat K. Terengganu. Akhirnya selamat juga sampai kat rumah.
No comments:
Post a Comment