Agak lama tak bawa anak-anak ke Melaka. Sempena cuti sekolah bulan Jun, 2009 lalu, ambil cuti tahun untuk bawa keluarga bercuti ke Melaka.
Bertolak kira-kira jam 0830pagi dari Bentong. Ikut lebuhraya Karak terus ke KL dan seterusnya melalui MRR2 ke tol Sg. Besi.
Sampai berhampiran R&R Seremban, lebuhraya mulai sesak dan kenderaan bergerak macam semut. Rupa-rupa ada kemalangan melibatkan kereta & lori dihadapan. Selepas persimpangan keluar ke Seremban, barulah lebuhraya lancar semula.
Keluar tol Air Keroh jam 1100 pagi. Destinasi pertama singgah di Zoo Melaka. Habiskan masa hampir 2 jam dan keluar awal kerana hari nak hujan.
This is a good photo gallery.
ReplyDeletewww.1milliondesigns.com