Thursday, August 27, 2009

Taman Buaya, Melaka

Dari Zoo Melaka terus berkunjong ke Taman Buaya yang terletak diseberang jalanraya berhadapan dengan Zoo Melaka.
Hanya sempat melihat pertunjukan akhir aksi penjinak buaya cuba menyuap (rasuah ke?) wang kertas ke mulut sang bedal dengan menggunakan mulut si penjinak buaya.
Semasa lawatan, pihak taman sedang dalam proses mengubahsuai untuk menaiktaraf taman berkenaan.









Lagenda `Bujang' Senang' Yang Di Geruni Penduduk Sg. Rajang, Sarawak

Monday, August 24, 2009

Zoo Melaka

Agak lama tak bawa anak-anak ke Melaka. Sempena cuti sekolah bulan Jun, 2009 lalu, ambil cuti tahun untuk bawa keluarga bercuti ke Melaka.
Bertolak kira-kira jam 0830pagi dari Bentong. Ikut lebuhraya Karak terus ke KL dan seterusnya melalui MRR2 ke tol Sg. Besi.
Sampai berhampiran R&R Seremban, lebuhraya mulai sesak dan kenderaan bergerak macam semut. Rupa-rupa ada kemalangan melibatkan kereta & lori dihadapan. Selepas persimpangan keluar ke Seremban, barulah lebuhraya lancar semula.
Keluar tol Air Keroh jam 1100 pagi. Destinasi pertama singgah di Zoo Melaka. Habiskan masa hampir 2 jam dan keluar awal kerana hari nak hujan.













Tuesday, August 11, 2009

Taman Jepun, Bukit Tinggi, Bentong

Dari Colmar Tropicale Resort, kami berkunjong pula ke Taman Jepun dengan menaiki shuttle yang disediakan oleh pihak resort. Taman Jepun ini terletak kira-kira 3km dari resort. Shuttle terpaksa mendaki jalan bengkang-bengkok dan berbukit yang agak curam.

Terdapat rumah, kolam ikan serta taman reka bentuk Jepun untuk di kunjungi oleh pelawat. Bagi yang berminat, boleh menyewa untuk mencuba pakaian tradisional Jepun iaitu `kimono'.


Aiman & Opah



Thursday, August 6, 2009

Colmar Tropicale, Bkt Tinggi - A French-themed Resort

Kunjungan ke pusat peranginan tanah tinggi ini bersama-sama keluarga dibuat pada pertengahan bulan Mei, 2009 lalu.
Colmar Tropicale terletak di Bukit Tinggi, Bentong. Resort yang berkonsepkan ala bandar Perancis menyediakan perkhidmatan hotel, cafe dan pusat hiburan.
Cuaca dipusat peranginan ini amat dingin sesuai dengan lokasinya di tanah tinggi. Resort yang dikelilingi hutan semulajadi menjanjikan suasana yang aman, tenang kepada pengunjongnya. Bangunan-bangunan yang terdapat disini menyamai reka bentuk binaan bangunan-bangunan di negeri Perancis.

Tuesday, August 4, 2009

Anugerah Menteri Besar Pahang PMR 2008

Penghargaan Dari Pengetua SMKSB

Majlis Penyampaian Anugerah Menteri Besar Pahang

Alhamdulillah ...........................

Cahayamata ketiga, Amira Nadia terpilih bagi menerima Anugerah Menteri Besar Pahang bagi katagori kecemerlangan pendidikan PMR 2008 (9A). Anugerah disampai oleh Datok Seri Adnan Yaakob, Menteri Besar Pahang bertempat di Yayasan Pahang, Kuantan pada 14hb. Mei, 2009 lalu.

Tahniah buat puteriku diatas pencapaian mu. Teruskan perjuangan!

Monday, August 3, 2009

Yang Tersurat Dan Tersirat

Untuk dihayati dan difahami ............

Subhanallah!