Wednesday, September 30, 2009

Glamour Raya Aidil Fitri 1430H


Gambar sekeluarga bersama emak

Anak-anak

Bersama-sama Mak Itam dan adik bongsu

Tahun ni balik raya kat Perak.

Bertolak dari Bentong jam 1030 pagi hari Sabtu, 19.09.2009. Lebuhraya Karak agak lega bagi perjalanan dari arah Bentong-KL. Tapi di laluan sebelah dari KL menghala ke tol Bentong, jalan sesak dengan kenderaan yang bergerak perlahan dan rapat. MTD membuka laluan tambahan (kontra) untuk melancarkan pergerakan kenderaan.

Kesesakan teruk itu berpanjangan hingga ke Genting Sempah. Tak tau bagaimana keadaan laluan selepas terowong Genting Sepah kerana melencong ke Awana-Batang Kali bagi mengelakkan kesesakan lalulintas. Alhamdulillah, perjalanan dari Batang Kali ke kampong mengikut jalan persekutuan selesa dan lancar.
Tahun ini kami anak beranak memakai pakaian sedondon baju Melayu & baju kurong warna merah. Teringat iklan ASN tahun 80an .....
Merah sangatlah makngah !

Monday, September 7, 2009

Peperiksaan UPSR


Dari 08.09.2009 hingga 10.09.2009 pelajar-pelajar Tahun 6 akan menghadapi peperiksaan UPSR. Tahun ini, putera keempat, Aiman Hakim bakal menduduki peperiksaan berkenaan.

Pesanku ~ Buat yang terbaik. Manafaatkan segala ilmu yang telah dipelajari serta latih-tubi yang telah dilakukan selama ini. Relax, baca dan fahami soalan sebelum menjawab. Semoga segala usaha yang telah dicurahkan akan membuah hasil dan diberkati.

Selamat menduduki peperiksaan UPSR buat Aiman. Tapi ....... Aiman .......tak kisah.

Sunday, September 6, 2009

Jamuan Berbuka Puasa

Ramadhan datang lagi. Menjadi kelaziman, pejabat menganjurkan majlis berbuka puasa bagi meraikan kakitangan dan keluarga.
Majlis telah diadakan pada 06.09.2009 bertempat di Dewan Perdana Felda, Anjung Felda, Kuala Lumpur. Turut sama memeriahkan majlis adalah 20 orang anak-anak yatim dari Rumah Anak Yatim Greenwood, Gombak.
Kadar menu adalah RM48,00 sekepala dimana sebanyak 88 jenis juadah disediakan.






Wednesday, September 2, 2009

Masjid Pulau Melaka

Dalam perjalanan ke hotel penginapan, terlajak ke Pulau Melaka. Kawasan penempatan yang sedang giat dibangunkan. Melalui kawasan perumahan dan rumah kedai dan lain-lain prasarana yang masih dalam pembinaan dan kebanyakannya masih belum berpenghuni.

Singgah menunaikan solat di sebuah masjid yang baru siap dibina. Cantik dan indah seni binanya. Dibina berhampiran pantai dan anjung yang dibina menganjur ke laut.

Mungkin lokasi ini dirancangkan untuk menjadi destanasi tarikan pelancung.